
Ini dikatakan gambar terakhir Michael sewaktu hendak dibawa ke hospital
20090626
20090621
Dato' Ishak Baharom dalam Kenangan

Awal 1998, aku selamat melahirkan anak perempuan. Setelah habis tempoh berpantang kami mengadakan majlis doa selamat dan memotong jambul anak perempuan kami itu. Majlis itu diadakan di salah sebuah surau di Gombak berhampiran rumah sewa kami ketika itu.
Tanpa disangka-sangka ajk surau telah menjempuat allahyarham Dato' Ishak Baharom untuk menyempurnakan majlis tersebut serta sudah tentunya mengimamkan jemaah surau pada malam itu. Ketika itu beliau baru sahaja dipecat daripada menjadi mufti Selangor. Aku masih ingat kata-kata beliau ketika memotong rambut anakku, "emm, nama bagus, rupa pun cantik tapi kuat menangis'.
Memanglah anak perempuan kami itu 'kuat menangis' ketika kecilnya, sehingga digelar 'gembeng' oleh bapa saudaranya Pak Nor (suami kakakku)..aku pun tak tau apa maksud perkataan itu. Dia pernah menangis 3 jam tanpa henti. Kini dia tak menangis lagi tapi kuat merajuk. Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas roh allahyarham Dato' Ishak. Keratan akhbar mengenai kisah hidup dan pemergiannya masih ku simpan.
Posted by PMY at Sunday, June 21, 2009 0 comments
20090619
Pelancaran Ruangan - Dari Dapur Tetamu Senja
Antara tetamu yang hadir ke majlis pelancaran ruangan Dari Dapur Tetamu Senja pada 09.06.09 yang lalu. Lihat sebelah kanan, untuk mendapatkan resepi ringkas daripada Tetamu Senja. Selamat mencuba...
Posted by PMY at Friday, June 19, 2009 0 comments
20090612
Sajak: Sungai Kehidupan

Sungai kehidupan itu
penuh liku-liku yang tajamnya
menusuk sanubari
Sungai kehidupan itu
punya kerikil tajam
mencucuk tapak
harapan
memusnah
jejak bahagia
Sungai kehidupan itu arusnya
mengalir deras melanda
jiwa-jiwa kerdil
yang lemah
Sungai kehidupan itu
menghilang dahaga insan
mencurah rahmatNya
menunjuk lubuk kebahagiaan
Sungai kehidupan itu
tanpa peduli
pasti mengalir ke laut lepas
lantaran janjinya kepada Allah pencipta
Posted by PMY at Friday, June 12, 2009 0 comments
20090601
SMS Hari Bapa

1)
Ayah,
di tanganmu aku dewasa,
di bahumu aku bahagia,
di sisimu aku sejahtera,
Selamat Hari Bapa...
2)
Abah,
Engkaulah insan mulia,
bijaksana dan perkasa...
Selamat Hari Bapa.
3)
A= Ayah..., kaulah
Y= yang
A= aku
H= hormati dan hargai
SELAMAT HARI BAPA
4) Senda Gurau Hari Bapa
Papa...
Mencari barang jarang berjumpa...
Menyimpan barang kemudian terlupa...
Meletak barang merata-rata...
Setiap pesanan selalu alpa...
Melipat pakaian tidak berupa...
Mementingkan penampilan serta rupa...
Suka bergaya walaupun papa...
Selamat Hari Bapa.............(Jangan marah da...)
Posted by PMY at Monday, June 01, 2009 0 comments
20090527
20090518
Hari Bapa Bakal Menjelang
Sajak Selamat Hari Bapa
Ayah,
redup matamu
membuahkan sendu
Ayah,
keringat laju di tubuhmu
menyuburkan generasi
Ayah,
bait tuturmu
membisik sayu
Ayah,
tegas arahmu
melakar jaya
Ayah,
nantimu yang lesu
merindu pulang
Ayah,
lucu sendamu
mengundang ria
Ayah,
didik ajarmu
merimbun bahagia
Semoga kita bersua di sana....
(Nostalgia allahyarham Hj Mohd Yusof b Abd Rahman
Al Fatihah buat ayahandaku)
Posted by PMY at Monday, May 18, 2009 0 comments












