CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090404

Angka dalam Al Quran


AlQuran telah menerangkan yang setiap makhluk diciptakan berpasangan, menunjukkan keajaiban pada angka 2.

Termasuklah dengan angka 7, yang antaranya simbolik kepada 7 lapis langit dan bumi, 7 hari dalam seminggu, 7 nama syurga dan neraka, AlQuran diturunkan dalam 7 cara dan sebagainya.

Dengan itu tidak hanya angka 19 saja yang dianggap ajaib dalam Quran, ternyata juga banyak lagi ‘hint/clue’ yang menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Quran oleh Sang Pengarang (Allah) dibuat “seimbang”, misalnya fakta-fakta berikut:

Jumlah kata dihitung dari teks arabnya:

Jumlah Kata Yang Berlawanan

Hidup (al-haya_h): 145

Mati (al-mawt) : 145

Perbuatan baik (ash-sha_liha_t) : 167

Perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167

Dunia (ad-dun-ya_) : 115

Akhirat (al-a_khirah): 115

Ucapan terang (al-jahr): 16

Ucapan tersembunyi (al-alaniyah): 16

Jumlah Kata Yang Berhubungan

Syaitan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n): 80

Malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80

Mereka berkata (qa_lu_) : 332

Katakanlah! (qul) : 332

Kecintaan (al-muhabbat): 83

Keta’atan (ath-tha’aat): 83

Hidayah (al-hida_yah): 79

Rahmat (ar-rahmat) : 79

Keselamatan (as-salaam) : 50

Kebaikan (ath-thayyibaat): 50

Kesukaran (asy-syaddah) : 102

Kesabaran (ash-shabr) : 102

Musibah (al-mushi_bah) : 75

Bersyukur (asy-syukr) : 75

Iblis (al-ibli_s) : 11

Memohon perlindungan Allah (dari iblis):

(al-sti’a_dhatu billaah) : 11

Berkaitan dengan fakta zaman

Jumlah kata “jam” : 48

Jumlah kata “hari [tunggal/singular]” (yawm): 365

Jumlah kata “hari-hari (jamak/plural)” : 30

Jumlah kata “bulan” (sahar) : 12

Jumlah kata “tahun” (sanah) dan bentukannya: 19

Jumlah kata “tahun [tunggal/singular]” (al-sanah) : 7

Jumlah kata “tahun-tahun [jamak/plural]” (sanah) : 12

20090327

Dari Pengkhutbah Kristian kepada Pendakwah Muslim


SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.

Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.
Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.

Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.

Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.
Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.

Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.

Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan fikiran.
Persoalan seperti; “Mengapa kita diciptakan Tuhan?”, “Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?”, “Siapa Tuhan sebenarnya?” dan “Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?” sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah ‘misteri’ dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.

Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.

Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan “Prayer Tower” di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.

Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.

Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis ‘Nabi Isa adalah Raja’. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.

Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, ‘menyelamatkannya’ .

Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.

Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.

Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.

Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu . Ini satu yang baru bagi saya.

Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.

Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslimah kerana mengakui kebenaran Islam.

Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.

Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam.”

20090322

Teori Dajal Mengubah Wajahnya

Penyelidikan di bawah adalah sekadar teori dan pandangan peribadi, dan ia mungkin berubah mengikut fakta dan maklumat semasa. Diharap pembaca tidak menjadikannya sebagai pegangan. Pegangan yang baik adalah isu yang dibahas oleh masyarakat umum yang berilmu.

Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.

Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam.

Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.

Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah:
Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).
“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”
(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Lihat perkataan ini MELELEH
Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.

Dajjal tidak mati pada waktu itu tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…”
Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati pada waktu itu iaitu, selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.

Dalil bagi teori ini:-
Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.Tetapi sesuatu berlaku ketika dia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.

Dajjal

1. Keupayaan Dajjal meracuni pemikiran umat manusia sejak tahun 1800.

2. Keupayaan konco-konco Dajjal menguasai ekonomi dunia.

3. Keupayaan organisasi-organisasi sulit Dajjal menguasai pemerintahan dalaman setiap negara di dunia.

4. Keupayaan agen-agen Dajjal menggunakan teknologi terkini dalam meneroka dunia angkasa melalui UFO.

Kesimpulannya, Dajjal yang kita kenali itu merupakan manusia yang maju gaya pemikirannya. Seperti kata Muhammad Isa Dawud, “….dia adalah anak yang genius..”

Tapi kita terlupa akan seseorang yang ditakdirkan akan melawannya…
Iaitu Nabi Isa a.s.

Ciri-Ciri Manusia Maju
Dajjal dikatakan maju dan menguasai segala ilmu disebabkan perkara-perkara berikut:

* Hidup terlalu lama sejak sebelum kelahiran Nabi Musa.

* Telah merantau seluruh pelusuk dunia sejak beribu-ribu tahun.* Mempelajari pelbagai bahasa di dunia.

* Melihat sendiri perkembangan tamadun masyarakat dunia.

* Mengetahui selok-belok tempat di dunia.

* Maka, saya percaya Nabi Isa a.s. yang ditakdirkan Allah SWT untuk melawan Dajjal dibekalkan juga dengan perkara-perkara berikut:

* Kemajuan pemikiran dan teknologi setanding atau lebih daripada Dajjal.

* Kekuasaan ilmu teknologi moden yang melampaui pemikiran manusia.

* Strategi peperangan yang lebih maju.

Nabi Isa adalah manusia maju yang bakal diturunkan Allah SWT sesuai dengan tempoh masa hidupnya yang lama seperti Dajjal. (sumber linncomel.com)

20090313

Ketiga-tiganya berkunci

Tanggal 13hb Mac 2009, kira-kira jam 6.55 petang aku sedang menunggu anakku pulang dari kelas 'tuition'nya menyaksikan satu kejadian yang agak menyentuh hati. Aku menunggu anakku sambil membaca akhbar dalam keretaku yang diparkir di hadapan sebuah madrasah yang hebat sama ada dari segi seni binanya mahupun namanya.

Seorang remaja bermotosikal tergesa-gesa memberhentikan motosikalnya, lalu cuba membuka pintu pagar sebelah kanan menuju ke madrasah tersebut. Pintu itu berkunci. Dia terus menghidupkan kembali enjin motosikal dan menuju ke pintu pagar belakang madrasah tersebut. Sedetik kemudian dia telah berada di pintu pagar utama yang terletak di sebelah kiri, juga berkunci. Ketiga-tiga pintu pagar itu berkunci.

Aku mengerti kenapa dia tergesa-gesa kerana waktu Asar telah tiba ke penghujungnya. Wajahnya tergambar kekecewaan. Aku kelu untuk berkata-kata sekadar memerhati dari dalam keretaku.

Dua tahun lalu, aku dan suamiku mengalami situasi yang hampir sama di madrasah itu. Kami singgah untuk solat Zohor, malangnya pintu berkunci. Jadi kami hanya solat di kaki limanya. Kami lebih bernasib baik berbanding remaja tadi.

Beberapa bulan lalu aku, juga sewaktu menunggu anakku, sebuah van jenazah berhenti di situ, aku tidak pasti tujuannya berhenti. Sama ada pemandunya hendak solat atau menyembahyangkan jenazah, yang aku pasti pintu pagarnya juga berkunci.

Sehubungan dengan kejadian ini aku ingin menceritakan kisah sewaktu berkunjung ke Jakarta pada tahun 2007, aku berpeluang bertemu dengan ahli keluarga rakan suamiku semasa dia berkursus di Jepun. Ibu sahabatnya yang juga merupakan balu kepada mantan menteri negara tersebut menyatakan pengalamannya sewaktu melancong ke negara kita, katanya. "Wah, masjid-masjid di Malaysia semuanya cantik-cantik, gede-gede (besar-besar) tetapi enggak ada orang, enggak punya jemaah, lagik dikunci'. "Beda dengan di sinik." Aku dan suami hanya mampu tersenyum malu.

Mungkin inilah salah satu petanda dunia akhir zaman.

20090301

Jururawat Desa (Edisi 1)

Terung Susu Kambing
-penawar diabetes, breast cancer, barah usus, buasir, darah tinggi & gout

Ara Tanah
-ubat bagi ketumbuhan dalam selaput mata, kurap, asma dan batuk

Temulawak
(bukan raja lawak-tambah2 tahun 2009 punya, kurang menyengat lawaknya)
-penawar sembelit, demam panas, lesu, sengal badan, selesema

Temujanji
-bukan muhrim, berdosa

Halia Bara
-ubat demam, malaria, sakit sendi

Petai Belalang
-penawar diabetes, batuk & kelemumur
(blogger sentiasa.blogspot tak perlu lagi beli Seba Med)

Bonglai
-ubat sakit kepala, sakit sendi, wanita selepas bersalin

20090226

Kisah Benar:Renungan Buat Diri Sendiri

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah ,telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.

Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang / Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.
Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.
Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.
Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya.

Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam. From Forum myMasjid.