Tanggal 13hb Mac 2009, kira-kira jam 6.55 petang aku sedang menunggu anakku pulang dari kelas 'tuition'nya menyaksikan satu kejadian yang agak menyentuh hati. Aku menunggu anakku sambil membaca akhbar dalam keretaku yang diparkir di hadapan sebuah madrasah yang hebat sama ada dari segi seni binanya mahupun namanya.
Seorang remaja bermotosikal tergesa-gesa memberhentikan motosikalnya, lalu cuba membuka pintu pagar sebelah kanan menuju ke madrasah tersebut. Pintu itu berkunci. Dia terus menghidupkan kembali enjin motosikal dan menuju ke pintu pagar belakang madrasah tersebut. Sedetik kemudian dia telah berada di pintu pagar utama yang terletak di sebelah kiri, juga berkunci. Ketiga-tiga pintu pagar itu berkunci.
Aku mengerti kenapa dia tergesa-gesa kerana waktu Asar telah tiba ke penghujungnya. Wajahnya tergambar kekecewaan. Aku kelu untuk berkata-kata sekadar memerhati dari dalam keretaku.
Dua tahun lalu, aku dan suamiku mengalami situasi yang hampir sama di madrasah itu. Kami singgah untuk solat Zohor, malangnya pintu berkunci. Jadi kami hanya solat di kaki limanya. Kami lebih bernasib baik berbanding remaja tadi.
Beberapa bulan lalu aku, juga sewaktu menunggu anakku, sebuah van jenazah berhenti di situ, aku tidak pasti tujuannya berhenti. Sama ada pemandunya hendak solat atau menyembahyangkan jenazah, yang aku pasti pintu pagarnya juga berkunci.
Sehubungan dengan kejadian ini aku ingin menceritakan kisah sewaktu berkunjung ke Jakarta pada tahun 2007, aku berpeluang bertemu dengan ahli keluarga rakan suamiku semasa dia berkursus di Jepun. Ibu sahabatnya yang juga merupakan balu kepada mantan menteri negara tersebut menyatakan pengalamannya sewaktu melancong ke negara kita, katanya. "Wah, masjid-masjid di Malaysia semuanya cantik-cantik, gede-gede (besar-besar) tetapi enggak ada orang, enggak punya jemaah, lagik dikunci'. "Beda dengan di sinik." Aku dan suami hanya mampu tersenyum malu.
Mungkin inilah salah satu petanda dunia akhir zaman.
20090313
Ketiga-tiganya berkunci
Posted by PMY at Friday, March 13, 2009 0 comments
20090301
Jururawat Desa (Edisi 1)
Terung Susu Kambing
-penawar diabetes, breast cancer, barah usus, buasir, darah tinggi & gout
Ara Tanah
-ubat bagi ketumbuhan dalam selaput mata, kurap, asma dan batuk
Temulawak
(bukan raja lawak-tambah2 tahun 2009 punya, kurang menyengat lawaknya)
-penawar sembelit, demam panas, lesu, sengal badan, selesema
Temujanji
-bukan muhrim, berdosa
Halia Bara
-ubat demam, malaria, sakit sendi
Petai Belalang
-penawar diabetes, batuk & kelemumur
(blogger sentiasa.blogspot tak perlu lagi beli Seba Med)
Bonglai
-ubat sakit kepala, sakit sendi, wanita selepas bersalin
Posted by PMY at Sunday, March 01, 2009 0 comments
20090226
Kisah Benar:Renungan Buat Diri Sendiri
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah ,telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.
Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang / Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.
Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.
Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.
Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya.
Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam. From Forum myMasjid.
Posted by PMY at Thursday, February 26, 2009 0 comments
20090220
Changkat Jering & Bukit Gantang
Pada 1979, kakakku yang ketiga telah menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Islam Bangi. Beliau telah ditempatkan mengajar di SK Panglima Bukit Gantang.
Beliau telah memintaku turut bertukar sekolah ke sana bagi menemaninya yang berseorangan ketika itu. Aku ketika itu berusia kurang daripada 8 tahun. (hujung 1979 baru cukup 8 tahun, nak nampak muda konon).
Aku serba salah. Antara nak ikut atau tidak...Aku teringin juga ke sana namun ketika itu aku risau, jika aku kena marah, pada siapa aku nak mengadu...Kalau kat kampung aku ada ayahki, mak melah, mak peah, alang, bibi, mimi, ju dan sebagainya. Aku kesian juga kat kakak aku.
Akhirnya tempatku digantikan dengan alang. Dia bertukar ke SMK Tengku Menteri, Changkat Jering. Sewaktu cuti penggal, alang pulang ke kampung. Dia berubah. Perangai sama, wajah dan penampilan berubah. Kulitnya menjadi lebih cerah dan licin berbanding sebelumnya. (aku menyesal pulak tak ikut, kalau tak mungkin dah jadi macam Linda Jasmin).
Setelah beberapa tahun, alang berpindah ke SMK Alor Akar, Kuantan seterusnya ke SABS Kuantan. Kakakku itu pula berpindah ke SK Sri Bidor. Inilah kisahku yang berkaitan dengan DUN CHANGKAT JERING dan PARLIMEN BUKIT GANTANG.
Posted by PMY at Friday, February 20, 2009 0 comments
20090219
HIDANGAN ALTERNATIF
Awal tahun ini salah seorang rakan sejawatku telah berpeluang menikmati ayam goreng dan lain-lain hidangan sewaktu dengannya di RFC, Sungai Petani. Komennya hidangan sungguh enak, keadaan restoran yang bersih dan selesa serta ramai pengunjung.
RFC (Radix Fried Chicken) memberikan pilihan yang sangat menarik pada masa kini. Restoran yang dimiliki oleh HPA (Herba Penawar Al Wahida) merupakan tonggak kebangkitan produk halal.
Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang menghasilkan ayam halal.Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.
RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Cili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.
Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat.
Cawangannya yang pertama adalah di Sungai Petani.
Cawangan yang akan dibuka:
Alor Setar (Feb )-telah dirasmikan oleh MB pada 7 Feb 2009
Pulau Pinang (Mac)
Laguna SPetani (Apri)
Ipoh (April)
Kulim (April)
PJ (Mei)
Bangi (April)
Kluang (Mei)
Kuantan (Mei)
Kelantan (April)
Kangar (Mac)
Posted by PMY at Thursday, February 19, 2009 0 comments
20090214
AKU, DOA DAN IBU
Lebih kurang 8 atau 9 tahun yang lalu, aku diajak oleh arwah ibuku untuk menemaninya ke kebun beberapa meter dari rumah kami di kampung. Aku pun sudah lupa tanaman apa yang hendak dipetiknya.Sementara ibuku menukar pakaian, aku telah pun berada di belakang rumah. Maklumlah sejak tinggal di KL pada 1994, aku tidak lagi berpeluang menjenguk ke kebunnya kecuali untuk mengutip hasil he,he.
Sewaktu melangkah ke kawasan kebun (berumput dan bersih kawasannya ketika itu) aku membaca memberi salam kepada Nabi Noh dan membaca doa masuk hutan. Selesai sahaja mengaminkan doa, aku terpandang seekor ular yang agak besar sedang 'u turn'. (aku amat yakin sebelum ini, ular itu sedang menuju ke arahku). Aku amat terkejut. (dalam hati amat bersyukur dengan berkatnya doa dan salam itu).
Aku terus berlari ke arah rumah dan menjerit memanggil ibu ku serta kakakku yang paling 'macho', Shaharbanun. Ular itu entah ke mana, setelah kami tiba kembali ke tempat kejadian. Setelah itu aku membatalkan niatku untuk ke kebun bersama ibuku. Aku membiarkan sahaja ibuku berseorangan. Aku sekadar melihatnya dari jauh. Kalaulah ibu yang berada di tempatku, pasti dia tetap menemaniku... Kini aku sedar, aku bukanlah anak yang baik. (Mak Melah, Jah minta maaf ya...)
Posted by PMY at Saturday, February 14, 2009 0 comments

