Pada 1979, kakakku yang ketiga telah menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Islam Bangi. Beliau telah ditempatkan mengajar di SK Panglima Bukit Gantang.
Beliau telah memintaku turut bertukar sekolah ke sana bagi menemaninya yang berseorangan ketika itu. Aku ketika itu berusia kurang daripada 8 tahun. (hujung 1979 baru cukup 8 tahun, nak nampak muda konon).
Aku serba salah. Antara nak ikut atau tidak...Aku teringin juga ke sana namun ketika itu aku risau, jika aku kena marah, pada siapa aku nak mengadu...Kalau kat kampung aku ada ayahki, mak melah, mak peah, alang, bibi, mimi, ju dan sebagainya. Aku kesian juga kat kakak aku.
Akhirnya tempatku digantikan dengan alang. Dia bertukar ke SMK Tengku Menteri, Changkat Jering. Sewaktu cuti penggal, alang pulang ke kampung. Dia berubah. Perangai sama, wajah dan penampilan berubah. Kulitnya menjadi lebih cerah dan licin berbanding sebelumnya. (aku menyesal pulak tak ikut, kalau tak mungkin dah jadi macam Linda Jasmin).
Setelah beberapa tahun, alang berpindah ke SMK Alor Akar, Kuantan seterusnya ke SABS Kuantan. Kakakku itu pula berpindah ke SK Sri Bidor. Inilah kisahku yang berkaitan dengan DUN CHANGKAT JERING dan PARLIMEN BUKIT GANTANG.
20090220
Changkat Jering & Bukit Gantang
Posted by PMY at Friday, February 20, 2009 0 comments
20090219
HIDANGAN ALTERNATIF
Awal tahun ini salah seorang rakan sejawatku telah berpeluang menikmati ayam goreng dan lain-lain hidangan sewaktu dengannya di RFC, Sungai Petani. Komennya hidangan sungguh enak, keadaan restoran yang bersih dan selesa serta ramai pengunjung.
RFC (Radix Fried Chicken) memberikan pilihan yang sangat menarik pada masa kini. Restoran yang dimiliki oleh HPA (Herba Penawar Al Wahida) merupakan tonggak kebangkitan produk halal.
Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang menghasilkan ayam halal.Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.
RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Cili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.
Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat.
Cawangannya yang pertama adalah di Sungai Petani.
Cawangan yang akan dibuka:
Alor Setar (Feb )-telah dirasmikan oleh MB pada 7 Feb 2009
Pulau Pinang (Mac)
Laguna SPetani (Apri)
Ipoh (April)
Kulim (April)
PJ (Mei)
Bangi (April)
Kluang (Mei)
Kuantan (Mei)
Kelantan (April)
Kangar (Mac)
Posted by PMY at Thursday, February 19, 2009 0 comments
20090214
AKU, DOA DAN IBU
Lebih kurang 8 atau 9 tahun yang lalu, aku diajak oleh arwah ibuku untuk menemaninya ke kebun beberapa meter dari rumah kami di kampung. Aku pun sudah lupa tanaman apa yang hendak dipetiknya.Sementara ibuku menukar pakaian, aku telah pun berada di belakang rumah. Maklumlah sejak tinggal di KL pada 1994, aku tidak lagi berpeluang menjenguk ke kebunnya kecuali untuk mengutip hasil he,he.
Sewaktu melangkah ke kawasan kebun (berumput dan bersih kawasannya ketika itu) aku membaca memberi salam kepada Nabi Noh dan membaca doa masuk hutan. Selesai sahaja mengaminkan doa, aku terpandang seekor ular yang agak besar sedang 'u turn'. (aku amat yakin sebelum ini, ular itu sedang menuju ke arahku). Aku amat terkejut. (dalam hati amat bersyukur dengan berkatnya doa dan salam itu).
Aku terus berlari ke arah rumah dan menjerit memanggil ibu ku serta kakakku yang paling 'macho', Shaharbanun. Ular itu entah ke mana, setelah kami tiba kembali ke tempat kejadian. Setelah itu aku membatalkan niatku untuk ke kebun bersama ibuku. Aku membiarkan sahaja ibuku berseorangan. Aku sekadar melihatnya dari jauh. Kalaulah ibu yang berada di tempatku, pasti dia tetap menemaniku... Kini aku sedar, aku bukanlah anak yang baik. (Mak Melah, Jah minta maaf ya...)
Posted by PMY at Saturday, February 14, 2009 0 comments
20090209
Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Posted by PMY at Monday, February 09, 2009 0 comments
20090208
20090204
Tak Mungkin Kembali
Dapatkah kembali
membonceng basikal tua itu
bersama ayah
bersama dinda
menuju kuala
basikal entah ke mana
ayah sudah tiada
Dapatkah kembali
berkejaran di laman itu
bersama dinda
bersama teman
dinda jauh di mata
teman jadi YB
Dapatkah kembali
berada di pasar itu
bersama ibu
menjaja putu
menjual laksa
ibu sudah tiada
putu dan laksa tiada tara
Dapatkah kembali
bersenda di lorong itu
lorong tok sira
lorong kenangan
bersama kanda
bersama saudara
kanda jauh di mata
saudara injak dewasa
Dapatkah kembali
ke 'airport' itu,
bersama kanda
bersama dinda
dibawa ipar yang selamba (kata isterinya)
kanda dan dinda jauh di mata
ipar sudah bersara
Dapatkah kembali
ke teratak hijau itu
hidup bersama
ceria senada
Posted by PMY at Wednesday, February 04, 2009 0 comments

