CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20091002

Gambar-gambar Kemusnahan Akibat Tsunami di Samoa







Gambar-gambar yang diperoleh daripada Selangor2u Dot Com, ibanmuslim.blogspot, utusan online dll.

20090930

Gempa Bumi Padang Indonesia


Peta Zon Gempa Dunia

Petang 30 September 2009, aku sedang membaca minit mesyuarat yang baru disiapkan. Tiba-tiba aku berasa badanku dan kertas yang ku pegang sedikit menggigil. Aku terfikir juga kenapa badanku menggigil tapi aku tak hiraukan sangat kerana aku fikir aku tidak demam, perut pun kenyang.Aku menyangka mungkin kedudukan tanganku tidak stabil menyebabkannya menggigil. Beberapa saat kemudian, anakku meluru keluar dari biliknya dan memberitahu bahawa dia rasa bergoyang manakala pakaiannya yang tersangkut di bilik juga bergoyang. Aku dapat mengagak bahawa gempa bumi mungkin berlaku di mana-mana tempat di nusantara ini. Aku menonton Astro Awani jam 6.30pm ternyata gempa bumi berlaku di Padang, Indonesia.
Ini merupakan kali kedua aku merasa gegaran akibat gempa bumi setelah kali pertama pada tahun 2007 ketika gempa melanda Pulau Nias di Indonesia.Ketika itu aku baru hendak melelapkan mata. Aku berasa badanku bergoyang dan agak pening seketika. Aku bangun dan melihat ke bawah katil. Tiada apa-apa. Kemudian aku terdengar bunyi hantukkan cawan-cawan yang tergantung di dapur. Aku berasa takut dan menghubungi suami yang ketika itu out station. Esoknya aku mendengar berita tentang gempa di Pulau Nias.

PETIKAN DI BAWAH DARIPADA CariGold Forum

JAKARTA 30 Sept. - Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.

Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.

Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.

Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.

Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini

20090906

Nostalgia Aidil Fitri 12 Saudara

1. Allahyarhamah Kak Long Ainon
Arwah akan pulang berhari raya satu atau dua hari sebelum aidil fitri menjelang bersama ahli keluarga serta kuih-muih yang selalunya dibuatnya sendiri. Kuih yang pasti tidak akan dilupanya ialah rempeyek kacang tanah kegemarah arwah ibu. Pada awal kehidupan berkeluarganya, arwah tiada kereta dan pulang berhari raya menaiki kenderaan awam atau kereta sewa Pak Janggut Kahang Barat. Walaupun begitu arwah tetap membawa pulang pelbagai buah tangan buat kami. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

2. Angah Maimon
Sentiasa sibuk menjelang aidil fitri lantaran kerjayanya sebagai tukang jahit. Hari terakhir puasa pun di masih sibuk di kedai. Kini dia telah membataskan waktunya untuk menjahit. Jadi dia kini berpeluang menyediakan juadah raya dan sebagainya tidak seperti 15 ke 20 tahun yang lalu, kelam kabut di pagi raya kerana persediaan awal tidak sempat dilakukan kerana menyiapkan tempahan pelanggan.

3. Teh
Penyumbang (sponsor) utama pakaian dan kasut raya ku sejak aku kecil hinggalah aku di maktab perguruan dan setelah berkahwin beli pula untuk anak-anakku.Hanya Allah mampu membalasnya.Sewaktu tinggal dengannya di bulan puasa, setiap hari dia akan mengejutku bersahur, walaupun aku tak pernah bangun sahur dalam sebulan puasa adalah aku bangun 3, 4 kali itu pun untuk minum air suam je. Maaf teh, tak tolong teh serve makanan sahur untuk abg md nor.(sekarang kalau nak sponsor lagi pun, dialu-alukan)

4. Cik
Penyumbang pakaian raya aku juga ni...setelah berkeluarga dia beli kat anak-anak aku pula, sehingga tersalah beli baju perempuan kepada anak bongsuku (lelaki) kerana obses kepada anak sedara perempuan. Sewaktu berbuka juadah yang pasti dibeli oleh abg rahim, suaminya ialah murtabak.Banyak pula tu. 4 tahun aku berpuasa di rumahnya.

5. Abg Mat
Emm, sponsor utama mercun dan bunga api sewaktu belum diharamkan lagi. Waktu kami kecil2 dululah. 25 tahun lalu,dia akan bawa pulang segala kelengkapan elektronik, entertaiment, p.a system dia ke kampung menjelang raya.

6. Kak Lah
Sponsor utama aku juga ni. Hingga sekarang dia menjadi sponsor baju kurung anak perempuanku. Pengalaman ramadhan bersamanya, membantunya membuat biskut raya dan kek. Kebetulan aku tak dapat berpuasa, aku pun asyik makan aje kek coklatnya sehingga dia berkata, Jah, Bi (adikku), nanti tinggalkan kek itu untuk Mail ya, tu favourite dia. Malunya kami...Kini dia pun dah jadi usahawan biskut raya di samping jawatan hakiki DGA 32, bakal 41...

7. Andak
Tukang jahit baju raya kita orang, sebab kak maimon amat sibuk. Pengemas utama rumah menjelang raya. Walau pun sibuk menyiapkan tempahan pelanggan tapi menjelang raya dia dah free dan mulakan dengan tugas mengemas rumah.

8. Jik
Abang yg banyak bagi tazkirah apatah lagi pada bulan ramadhan. Tak banyak kenangan berpuasa dengannya kerana dia tinggal di asrama semasa aku tinggal dengan arwah ibu. (aku banyak tinggal dengan ibu angkat(hingga 12 tahun) dan kakakku (sejak 14 tahun).

9. Alang
Kehangatan api sate yang kita bakar masih terasa. Sukar untuk kembali seperti waktu itu, kerana setelah berkahwin aku meyambut hari raya pertama di rumah mertua. Banyak kenangan ramadhan bersamanya. Ibu dan ayah ke surau, kami main mercun di rumah. Jiran panggil bagai nak rak, pun tak dengar...lepas solat menyanyi lagu Lefthanded...Tugas utama kami pagi raya adalah membakar sate. Malam raya mencucuk sate. Raya tak meriah tanpa alang. Nasib baik mertuanya dekat tak jauh macam aku.

10. Nita
Seperti biasa jumpa dia beberapa jam pada hari raya pertama. Kadang-kadang aku tak dapat jumpa kembar aku ni kerana aku pulang ke kampung lewat lantaran beraya di rumah mertua dulu.

11. Aku
Kalau aku atau Bibi yang ditugaskan menyalakan dapur sate yg guna arang pada era akhir 80an dan 90an tu memang kering dulu lah sate tu. Berjanggut arwah ibuku kata. Jadi aku serahkan pd yang pakar, Andak atau Alang sebelum kami membakarnya. Kini kami dah guna kuasa elektrik untuk bakar sate.Aku harap raya tahun ni aku dapat beraya di kampung halaman ku terlebih dahulu. Semoga harapan jadi kenyataan.

12. Bibi
Gandingan utama dalam arena pembakaran sate sewaktu remaja dulu. Satu-satunya adik aku.Gandingan utama malas bangun sahur pun dia ni lah juga. Dulu-dulu lumba siapa dapat banyak kad raya. Bila dah lepas zohor hari raya aku dan dia selalu tertidur, penat membakar sate dan melayan tetamu yg agak ramai setelah solat raya (kononnya penat) Lepas tu menyesal tak ikut ahli keluarga beraya atau terlepas berjumpa dengan saudara mara yang datang.

20090903

Selembar Bulu Mata



(Petikan tazkirahku kepada murid-murid pada Julai yang lalu)

(Tak perlulah cuba merias bulu mata seperti gambar di atas tu)

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, dan ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah itu berbicara,
"Aku yg memandang perkara yang haram dan dilarang."
Disusuli oleh telinga, "aku yg mendengar perkara haram dan melalaikan
" Hidung dan bibirnya pun tidak ketinggalan membuat pengakuan
Lidah menambah, "aku yang merasa pelbagai minuman dan makanan haram
" Tangan meneruskan, "aku yang mencuri.
’Rambut berkata, akulah yang sentiasa dipertontonkan”
" Kaki menyusul, "aku yang lari ketika disuruh solat."

Malaikat berkata,"Nah, kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat mempertahankan dirinya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "aku pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. ” menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg dibasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka akulah, selembar bulu matanya itu tampil sebagai saksi bahwa ia telah bertaubat hingga membasahiku dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, hamba Allah tersebut di bebaskan dari neraka dan dimasukkan ke surga. Kemudiannya terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata."
Baiklah murid-murid
Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan penyayang. Kita sebagai hambaNya yang lemah perlu memohon ampun dan bertaubat agar kita memperoleh keredheaan dan rahmat Allah. Namun begitu, ini tidak bermakna kita boleh melakukan dosa sewenang-wenangnya dan kemudian memohon ampun kerana kita sendiri tidak pasti sempatkah kita bertaubat? Sempatkah kita memohon ampun? Sempatkah kita menjalani hidup pada hari esok? Hatta seminit lagi pun kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita....

20090830

Solat Tarawih Bersendirian?



Cara menunaikan solat tarawih bersendirian:-
Kita seharusnya tidak memberi alasan tidak dapat menunaikan solat tarawih kerana tidak berkesempatan berjemaah di surau atau masjid, kerana kita boleh menunaikannya secara bersendirian di rumah. Akibat kekangan masa dan tugas ada antara kita yang tidak dapat ke surau atau masjid. Jadi kita bolehlah menunaikannya secara bersendirian.

Tiada yang berbeza cuma niat perlu digugurkan perkataan makmum. Setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Berselawat selepas setiap dua rakaat,tidak wajib dan tidak mencacatkan solat terawih. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, dan sebagainya.Kita juga harus meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

20090825

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa


Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata


Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya


Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim


Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

20090731

7 Masjid Berkubah Emas









Masjid Sultan Ali Saifudin di Brunei telah aku kunjungi bersama arwah ibu dan suami tanggal Julai 2002 sewaktu transit di Brunei satu malam sewaktu dalam perjalanan pulang ke tanah air. Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan 7 masjid yang berkubah emas seperti gambar di atas.

1)Masjid Dian Al Mahri Depok, Indonesia
Keluarga Dian Djurian Maimun Al Rasyid mula membangunkan masjid yang terletak di Meruyung, Depok ini pada 1996.Seluas 100 hektar, namun yang dipergunakan sebagai kawasan masjid hanya 8.000 meter persegi. Sepuluh tahun kemudian, masjid ini baru dibuka untuk umum. Ada 5 kubah yang terbuat dari emas, dengan kubah utama berukuran diameter 16 meter dan tinggi 25 meter.

2)Masjid Jami Bandar Seri Begawan, Brunei
Masjid ini dibina pada tahun 1988, namun dibuka untuk umum pada 1994. Kubahnya diperbuat daripada emas dengan langit-langit atap berwarna biru laut.

3)Masjid Al Askari Iraq
Masjid ini terletak di Kota Sammara, sekitar 125 km dari kota Baghdad, Irak. Masjid ini didirikan oleh pengikut Shiah dan termasuk masjid kuno kerana dibina pada tahun 994 M. Mulanya tiada kubah emas, namun diubahsuai oleh pengikut Shiah pada tahun 1905 menjadi kubah emas. Malangnya pada Februari 2006 dan Jun 2007, kubahnya runtuh oleh serangan.

4) Masjid Qubbah As Sahkrah (Dome of the Rock)
Abdul Malik bin Marwan mulai membina masjid ini pada tahun 690 M di Jerusalem, Palestin. Terletak dalam kawasan Masjidil Aqsa

5)Masjid Sultan Singapura
Dibina pada 1928, Sultan Singapura mengubahsuai sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan antara lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini menjadi masjid terbesar di Singapura,pada 80-an.

6)Masjid Suneri, Lahore
Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gabenor Lahore, Pakistan pada tahun 1753 M.


7)Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Mulai digunakan tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan. Kubahnya diperbuat daripada emas 24 karat. Biaya pembangunannya USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali adalah antara salah satu bangunan terindah di dunia.