CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090709

Majlis Perjumpaan Bloggers Amatur


Satu majlis perjumpaan telah diadakan pada awal Julai yang lalu yang dihadiri oleh beberapa bloggers dari Johor, Pahang, Terengganu, WP Kuala Lumpur serta tidak ketinggalan wakil dari Wilayah Pembangunan Iskandar. Majlis ramah mesra itu berlangsung selama tiga hari dua malam. Semoga majlis seperti ini akan dapat dianjurkan lagi Syawal nanti. Insyaallah. Jejaka yang membimbit beg 'bloggers united' berwarna biru 'barisan nasional' itu merupakan pencetus idea dan penyuluh jalan buat kami bloggers amatur.

20090706

Murninya Si Ibu



Murninya si ibu
melempar resah
membuang gundah
menyembunyi sengsara
demi kasih anakanda

Murninya si ibu
menadah derita
menghulur bahagia
demi cinta anakanda

Murninya si ibu
menahan duka
menebar tabah
meranduk nestapa
demi sayang anakanda

Murninya siibu
melayar bahtera
mengalih nakhoda
menempuh badai
mengenepi gelora
demi kasih
cinta
sayang
pada semua

Bisakah aku
meneladani ibu itu....

(Klinik Dr Roswadi - Kuala Rompin 4 /7/09)

20090626

Gambar Terakhir Michael Jackson


Ini dikatakan gambar terakhir Michael sewaktu hendak dibawa ke hospital

20090621

Dato' Ishak Baharom dalam Kenangan


Awal 1998, aku selamat melahirkan anak perempuan. Setelah habis tempoh berpantang kami mengadakan majlis doa selamat dan memotong jambul anak perempuan kami itu. Majlis itu diadakan di salah sebuah surau di Gombak berhampiran rumah sewa kami ketika itu.
Tanpa disangka-sangka ajk surau telah menjempuat allahyarham Dato' Ishak Baharom untuk menyempurnakan majlis tersebut serta sudah tentunya mengimamkan jemaah surau pada malam itu.
Ketika itu beliau baru sahaja dipecat daripada menjadi mufti Selangor. Aku masih ingat kata-kata beliau ketika memotong rambut anakku, "emm, nama bagus, rupa pun cantik tapi kuat menangis'.
Memanglah anak perempuan kami itu 'kuat menangis' ketika kecilnya, sehingga digelar 'gembeng' oleh bapa saudaranya Pak Nor (suami kakakku)..aku pun tak tau apa maksud perkataan itu. Dia pernah menangis 3 jam tanpa henti. Kini dia tak menangis lagi tapi kuat merajuk. Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas roh allahyarham Dato' Ishak. Keratan akhbar mengenai kisah hidup dan pemergiannya masih ku simpan.

20090619

Pelancaran Ruangan - Dari Dapur Tetamu Senja

Antara tetamu yang hadir ke majlis pelancaran ruangan Dari Dapur Tetamu Senja pada 09.06.09 yang lalu. Lihat sebelah kanan, untuk mendapatkan resepi ringkas daripada Tetamu Senja. Selamat mencuba...

20090612

Sajak: Sungai Kehidupan


Sungai kehidupan itu
penuh liku-liku yang tajamnya
menusuk sanubari

Sungai kehidupan itu
punya kerikil tajam
mencucuk tapak
harapan
memusnah
jejak bahagia

Sungai kehidupan itu arusnya
mengalir deras melanda
jiwa-jiwa kerdil
yang lemah

Sungai kehidupan itu
menghilang dahaga insan
mencurah rahmatNya
menunjuk lubuk kebahagiaan

Sungai kehidupan itu
tanpa peduli
pasti mengalir ke laut lepas
lantaran janjinya kepada Allah pencipta

20090601

SMS Hari Bapa


1)
Ayah,
di tanganmu aku dewasa,
di bahumu aku bahagia,
di sisimu aku sejahtera,
Selamat Hari Bapa...

2)
Abah,
Engkaulah insan mulia,
bijaksana dan perkasa...
Selamat Hari Bapa.

3)
A= Ayah..., kaulah
Y= yang
A= aku
H= hormati dan hargai
SELAMAT HARI BAPA

4) Senda Gurau Hari Bapa

Papa...
Mencari barang jarang berjumpa...
Menyimpan barang kemudian terlupa...
Meletak barang merata-rata...
Setiap pesanan selalu alpa...
Melipat pakaian tidak berupa...
Mementingkan penampilan serta rupa...
Suka bergaya walaupun papa...
Selamat Hari Bapa.............(Jangan marah da...)