CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20110204

(Buat kekanda Mohamad Mohd Yusof)

MAAF ANDAI MENGUBAH HALA
MAAF ANDAI KANDA KECEWA
MAAF KIRA SUNTUKNYA DETIK
MAAF KIRA KANDA SENDIRI

USAH DIRAGU SETIA
USAH GUNDAH ANDAI KU TIADA
TERUS PERJUANGANMU
KEKANDAKU

(Buat kekanda Mohamad Mohd Yusof)

20100319

Hijau Sawah Terbentang

Lembut bayu menyapa
setulus sayangmu ibu
hijau sawah terbentang
saujana kasih ibu
riang terbang unggas
seakan senyum tulus ayahanda
menyambut mesra datangnya

datang yang hilang ditelan zaman
datang yang rebah tanpa sangga
datang yang pulang direbut masa
datang yang kosong tanpa sedia

wajarkah aku memilikimu...
bisakah aku menerus jaya
dapatkah aku melunas janji
bolehkah aku menerus tradisi
pantaskah aku mengekor langkah

sebagai tanda kasih sejati
sebagai tugu cinta abadi
sebagai alamat dirimu dihargai...

Al-Fatihah buat insan yang telah pergi...

CINTA IBU

SAJAK HARI IBU.

CINTA BONDA CINTA HAKIKI
CINTA YANG TIADA BERSEGI

KASIH IBU KASIH SEJATI
KASIH YANG SEPENUH HATI

SAYANG EMAK SAYANG SENTIASA
SAYANG YANG BUKAN SISA

RAMAH BONDA RAMAH YANG MESRA
BUKAN RAMAH YANG BERPURA

SENYUM IBU SENYUM SENTIASA
BUKAN SENYUM YANG DIPAKSA

LAYAN IBU LAYAN SEMPURNA
BUKAN LAYAN SEKADAR PESONA

20100201

KITA PASTI KEMBALI

KOLEKSI SAJAK SIRI IV

Dalam lautan tawa rancakmu
Ingatkah kamu kepada Pencipta

Dalam indah kerdipan sinar neon membayangimu
Ingatkah kamu kepada Dia

Dalam lingkaran sejati teman saudaramu
Ingkatkah kamu kepada Ya Rahim Ya Rahman

Dalam puncak mahligai bahagiamu
Ingatkah kamu kepada Yang Maha Kuasa

Dalam ketinggian darjat kuasamu
Ingatkah kamu kepada Nya

Dalam jinjang kejelitaanmu
Ingatkah kamu kepada Yang Maha Mengetahui

Dalam segak gagah langkahmu mendabik
Ingatkah kamu kepada siapa kamu kembali

Dalam sibuk urusan besarmu
Ingatkah kamu kepada siapa harus bersujud


Ingatlah kita PASTI KEMBALI kepada Nya...

20100117

Gambar-gambar Selepas Gempa Bumi Haiti 12 Januari 2010

Dipetik daripada http://ahmadtarmizi.blogspot.com








KURSUS BINA INSAN GURU

Disember 2009


Antara pensyarah yang terlibat.


Sebahagian peserta lelaki.


Aktiviti Mendaki Gunung Engku Busu.


Aktiviti Water Confident di Teluk Rubiah.

20100108

Mengapa Di Situ?



KOLEKSI SAJAK SIRI III

Mengapa terkinja-kinja
Menyambut tahun baru
Sedang usia kian berlalu

Mengapa harus di situ
Menghimpun alpa dan palsu

Mengapa berasak-asak
Hanya bersesak-sesak
Sekadar oleh dunia yang rosak

Mengapa ratusan di tangkap khalwat
Di malam tahun baru yang lewat
Sekadar memenuh syahwat
Penuh noda lupa taubat

Mengapa tiada malu
Sekadar memenuh nafsu celaru

Mengapa tiada sedar
Hanya dunia yang dikejar
Sedang tahun berlalu
Hari dan detik berlalu
Makin hujung usiamu
Makin runcing nyawamu
Makin pincang langkahmu
Makin rugi masamu
Makin hampir harimu
KEMBALI KEPADA PENCIPTAMU