CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20091203

Bau dan Memori (Kenanga bunga kenangan)



Pernahkah anda teringatkan sesuatu perkara atau peristiwa yang telah lama berlalu setelah deria bau untuk terbau sesuatu ? Saya pernah menonton suatu cerita tentang keadaan ini. Beberapa bulan lalu, ketika melalui halaman rumah jiran saya, saya terbau haruman sejenis bunga lantas minda saya terus terkenangkan halaman rumah keluarga saya di kampung pada era 70-80an dulu. Saya pun tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya teringatkan suasana ketika saya masih kanak-kanak itu. Setelah beberapa kali berlaku barulah saya perasan akan beberapa batang pokok bunga kenanga di halaman rumah jiran itu yang mengeluarkan bau sama seperti ketika saya masih kanak-kanak kerana ibu juga menanam pokok tersebut di halaman rumah kami.Kini tiada lagi pokok tersebut di halaman rumah kami, malah ibu dan bapa juga sudah tiada. Rumah itu juga hampir hilang serinya.