CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20091002

Gambar-gambar Kemusnahan Akibat Tsunami di Samoa







Gambar-gambar yang diperoleh daripada Selangor2u Dot Com, ibanmuslim.blogspot, utusan online dll.

20090930

Gempa Bumi Padang Indonesia


Peta Zon Gempa Dunia

Petang 30 September 2009, aku sedang membaca minit mesyuarat yang baru disiapkan. Tiba-tiba aku berasa badanku dan kertas yang ku pegang sedikit menggigil. Aku terfikir juga kenapa badanku menggigil tapi aku tak hiraukan sangat kerana aku fikir aku tidak demam, perut pun kenyang.Aku menyangka mungkin kedudukan tanganku tidak stabil menyebabkannya menggigil. Beberapa saat kemudian, anakku meluru keluar dari biliknya dan memberitahu bahawa dia rasa bergoyang manakala pakaiannya yang tersangkut di bilik juga bergoyang. Aku dapat mengagak bahawa gempa bumi mungkin berlaku di mana-mana tempat di nusantara ini. Aku menonton Astro Awani jam 6.30pm ternyata gempa bumi berlaku di Padang, Indonesia.
Ini merupakan kali kedua aku merasa gegaran akibat gempa bumi setelah kali pertama pada tahun 2007 ketika gempa melanda Pulau Nias di Indonesia.Ketika itu aku baru hendak melelapkan mata. Aku berasa badanku bergoyang dan agak pening seketika. Aku bangun dan melihat ke bawah katil. Tiada apa-apa. Kemudian aku terdengar bunyi hantukkan cawan-cawan yang tergantung di dapur. Aku berasa takut dan menghubungi suami yang ketika itu out station. Esoknya aku mendengar berita tentang gempa di Pulau Nias.

PETIKAN DI BAWAH DARIPADA CariGold Forum

JAKARTA 30 Sept. - Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.

Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.

Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.

Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.

Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini