CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090906

Nostalgia Aidil Fitri 12 Saudara

1. Allahyarhamah Kak Long Ainon
Arwah akan pulang berhari raya satu atau dua hari sebelum aidil fitri menjelang bersama ahli keluarga serta kuih-muih yang selalunya dibuatnya sendiri. Kuih yang pasti tidak akan dilupanya ialah rempeyek kacang tanah kegemarah arwah ibu. Pada awal kehidupan berkeluarganya, arwah tiada kereta dan pulang berhari raya menaiki kenderaan awam atau kereta sewa Pak Janggut Kahang Barat. Walaupun begitu arwah tetap membawa pulang pelbagai buah tangan buat kami. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

2. Angah Maimon
Sentiasa sibuk menjelang aidil fitri lantaran kerjayanya sebagai tukang jahit. Hari terakhir puasa pun di masih sibuk di kedai. Kini dia telah membataskan waktunya untuk menjahit. Jadi dia kini berpeluang menyediakan juadah raya dan sebagainya tidak seperti 15 ke 20 tahun yang lalu, kelam kabut di pagi raya kerana persediaan awal tidak sempat dilakukan kerana menyiapkan tempahan pelanggan.

3. Teh
Penyumbang (sponsor) utama pakaian dan kasut raya ku sejak aku kecil hinggalah aku di maktab perguruan dan setelah berkahwin beli pula untuk anak-anakku.Hanya Allah mampu membalasnya.Sewaktu tinggal dengannya di bulan puasa, setiap hari dia akan mengejutku bersahur, walaupun aku tak pernah bangun sahur dalam sebulan puasa adalah aku bangun 3, 4 kali itu pun untuk minum air suam je. Maaf teh, tak tolong teh serve makanan sahur untuk abg md nor.(sekarang kalau nak sponsor lagi pun, dialu-alukan)

4. Cik
Penyumbang pakaian raya aku juga ni...setelah berkeluarga dia beli kat anak-anak aku pula, sehingga tersalah beli baju perempuan kepada anak bongsuku (lelaki) kerana obses kepada anak sedara perempuan. Sewaktu berbuka juadah yang pasti dibeli oleh abg rahim, suaminya ialah murtabak.Banyak pula tu. 4 tahun aku berpuasa di rumahnya.

5. Abg Mat
Emm, sponsor utama mercun dan bunga api sewaktu belum diharamkan lagi. Waktu kami kecil2 dululah. 25 tahun lalu,dia akan bawa pulang segala kelengkapan elektronik, entertaiment, p.a system dia ke kampung menjelang raya.

6. Kak Lah
Sponsor utama aku juga ni. Hingga sekarang dia menjadi sponsor baju kurung anak perempuanku. Pengalaman ramadhan bersamanya, membantunya membuat biskut raya dan kek. Kebetulan aku tak dapat berpuasa, aku pun asyik makan aje kek coklatnya sehingga dia berkata, Jah, Bi (adikku), nanti tinggalkan kek itu untuk Mail ya, tu favourite dia. Malunya kami...Kini dia pun dah jadi usahawan biskut raya di samping jawatan hakiki DGA 32, bakal 41...

7. Andak
Tukang jahit baju raya kita orang, sebab kak maimon amat sibuk. Pengemas utama rumah menjelang raya. Walau pun sibuk menyiapkan tempahan pelanggan tapi menjelang raya dia dah free dan mulakan dengan tugas mengemas rumah.

8. Jik
Abang yg banyak bagi tazkirah apatah lagi pada bulan ramadhan. Tak banyak kenangan berpuasa dengannya kerana dia tinggal di asrama semasa aku tinggal dengan arwah ibu. (aku banyak tinggal dengan ibu angkat(hingga 12 tahun) dan kakakku (sejak 14 tahun).

9. Alang
Kehangatan api sate yang kita bakar masih terasa. Sukar untuk kembali seperti waktu itu, kerana setelah berkahwin aku meyambut hari raya pertama di rumah mertua. Banyak kenangan ramadhan bersamanya. Ibu dan ayah ke surau, kami main mercun di rumah. Jiran panggil bagai nak rak, pun tak dengar...lepas solat menyanyi lagu Lefthanded...Tugas utama kami pagi raya adalah membakar sate. Malam raya mencucuk sate. Raya tak meriah tanpa alang. Nasib baik mertuanya dekat tak jauh macam aku.

10. Nita
Seperti biasa jumpa dia beberapa jam pada hari raya pertama. Kadang-kadang aku tak dapat jumpa kembar aku ni kerana aku pulang ke kampung lewat lantaran beraya di rumah mertua dulu.

11. Aku
Kalau aku atau Bibi yang ditugaskan menyalakan dapur sate yg guna arang pada era akhir 80an dan 90an tu memang kering dulu lah sate tu. Berjanggut arwah ibuku kata. Jadi aku serahkan pd yang pakar, Andak atau Alang sebelum kami membakarnya. Kini kami dah guna kuasa elektrik untuk bakar sate.Aku harap raya tahun ni aku dapat beraya di kampung halaman ku terlebih dahulu. Semoga harapan jadi kenyataan.

12. Bibi
Gandingan utama dalam arena pembakaran sate sewaktu remaja dulu. Satu-satunya adik aku.Gandingan utama malas bangun sahur pun dia ni lah juga. Dulu-dulu lumba siapa dapat banyak kad raya. Bila dah lepas zohor hari raya aku dan dia selalu tertidur, penat membakar sate dan melayan tetamu yg agak ramai setelah solat raya (kononnya penat) Lepas tu menyesal tak ikut ahli keluarga beraya atau terlepas berjumpa dengan saudara mara yang datang.