CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090709

Majlis Perjumpaan Bloggers Amatur


Satu majlis perjumpaan telah diadakan pada awal Julai yang lalu yang dihadiri oleh beberapa bloggers dari Johor, Pahang, Terengganu, WP Kuala Lumpur serta tidak ketinggalan wakil dari Wilayah Pembangunan Iskandar. Majlis ramah mesra itu berlangsung selama tiga hari dua malam. Semoga majlis seperti ini akan dapat dianjurkan lagi Syawal nanti. Insyaallah. Jejaka yang membimbit beg 'bloggers united' berwarna biru 'barisan nasional' itu merupakan pencetus idea dan penyuluh jalan buat kami bloggers amatur.

20090706

Murninya Si Ibu



Murninya si ibu
melempar resah
membuang gundah
menyembunyi sengsara
demi kasih anakanda

Murninya si ibu
menadah derita
menghulur bahagia
demi cinta anakanda

Murninya si ibu
menahan duka
menebar tabah
meranduk nestapa
demi sayang anakanda

Murninya siibu
melayar bahtera
mengalih nakhoda
menempuh badai
mengenepi gelora
demi kasih
cinta
sayang
pada semua

Bisakah aku
meneladani ibu itu....

(Klinik Dr Roswadi - Kuala Rompin 4 /7/09)