CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090220

Changkat Jering & Bukit Gantang

Pada 1979, kakakku yang ketiga telah menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Islam Bangi. Beliau telah ditempatkan mengajar di SK Panglima Bukit Gantang.

Beliau telah memintaku turut bertukar sekolah ke sana bagi menemaninya yang berseorangan ketika itu. Aku ketika itu berusia kurang daripada 8 tahun. (hujung 1979 baru cukup 8 tahun, nak nampak muda konon).

Aku serba salah. Antara nak ikut atau tidak...Aku teringin juga ke sana namun ketika itu aku risau, jika aku kena marah, pada siapa aku nak mengadu...Kalau kat kampung aku ada ayahki, mak melah, mak peah, alang, bibi, mimi, ju dan sebagainya. Aku kesian juga kat kakak aku.

Akhirnya tempatku digantikan dengan alang. Dia bertukar ke SMK Tengku Menteri, Changkat Jering. Sewaktu cuti penggal, alang pulang ke kampung. Dia berubah. Perangai sama, wajah dan penampilan berubah. Kulitnya menjadi lebih cerah dan licin berbanding sebelumnya. (aku menyesal pulak tak ikut, kalau tak mungkin dah jadi macam Linda Jasmin).

Setelah beberapa tahun, alang berpindah ke SMK Alor Akar, Kuantan seterusnya ke SABS Kuantan. Kakakku itu pula berpindah ke SK Sri Bidor. Inilah kisahku yang berkaitan dengan DUN CHANGKAT JERING dan PARLIMEN BUKIT GANTANG.

20090219

HIDANGAN ALTERNATIF

Awal tahun ini salah seorang rakan sejawatku telah berpeluang menikmati ayam goreng dan lain-lain hidangan sewaktu dengannya di RFC, Sungai Petani. Komennya hidangan sungguh enak, keadaan restoran yang bersih dan selesa serta ramai pengunjung.

RFC (Radix Fried Chicken) memberikan pilihan yang sangat menarik pada masa kini. Restoran yang dimiliki oleh HPA (Herba Penawar Al Wahida) merupakan tonggak kebangkitan produk halal.

Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang menghasilkan ayam halal.Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Cili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat.

Cawangannya yang pertama adalah di Sungai Petani.
Cawangan yang akan dibuka:
Alor Setar (Feb )-telah dirasmikan oleh MB pada 7 Feb 2009
Pulau Pinang (Mac)
Laguna SPetani (Apri)
Ipoh (April)
Kulim (April)
PJ (Mei)
Bangi (April)
Kluang (Mei)
Kuantan (Mei)
Kelantan (April)
Kangar (Mac)