CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20091218

PENERIMA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH 1431H

Pada sambutan Maal Hijrah 1432hijri kali ini penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431hijri ialah Tan Sri Datuk Dr Mohd Yusof b Hj Mohd Nor serta Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Pada majlis tersebut turut kelihatan adalah mantan PM Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, Dato' Sri Hj Abdul Hadi, Nasharudin dll. Dirasmikan oleh Sultan Kedah, Timbalan Yang Dipertuan Agong.

20091208

MANA ARAHMU?



KOLEKSI SAJAK KETUHANAN (SIRI I)
Ke mana kakimu melangkah
Ke mana tanganmu memegang
Ke mana kepalamu miring
Ke mana matamu memandang
Ke mana telingamu mendengar
Ke mana bibirmu berbicara
Ke mana hatimu berkiblat
Semuanya diketahui
Semuanya dilihat
Semuanya dihisab
Semuanya dihitung
Semuanya dibalas
Waspada akan langkahmu
Waspada akan pandanganmu
Waspada akan tuturmu
Waspada akan nawaitu
Kerana kita semua menuju satu arah
Arah yang sama
Arah yang satu
Arah yang pasti
Arah yang abadi

20091203

Bau dan Memori (Kenanga bunga kenangan)



Pernahkah anda teringatkan sesuatu perkara atau peristiwa yang telah lama berlalu setelah deria bau untuk terbau sesuatu ? Saya pernah menonton suatu cerita tentang keadaan ini. Beberapa bulan lalu, ketika melalui halaman rumah jiran saya, saya terbau haruman sejenis bunga lantas minda saya terus terkenangkan halaman rumah keluarga saya di kampung pada era 70-80an dulu. Saya pun tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya teringatkan suasana ketika saya masih kanak-kanak itu. Setelah beberapa kali berlaku barulah saya perasan akan beberapa batang pokok bunga kenanga di halaman rumah jiran itu yang mengeluarkan bau sama seperti ketika saya masih kanak-kanak kerana ibu juga menanam pokok tersebut di halaman rumah kami.Kini tiada lagi pokok tersebut di halaman rumah kami, malah ibu dan bapa juga sudah tiada. Rumah itu juga hampir hilang serinya.

20091127

Ketandusan Idea

Dah hampir sebulan aku tak update blog. Entahlah idea takde, sebenarnya mood untuk 'berblog' menurun dengan drastik. Aku pun tak tau kenapa...mungkin sibuk dengan assingment dan exam, tapi sebelum ni pun sibuk juga. Maaf lah sentiasa.blogspot pasti kecewa dengan aku...tunggu kemunculanku setelah exam berakhir pada 8 disember...

20091106

Tuan Guru di IJN (EXPECTED TO LEAVE IJN TOMORROW)

NIK AZIZ EXPECTED TO LEAVE IJN TOMORROW
Bernama
Bernama - 2 hours 29 minutes ago

* Send
* IM Story
* Print

KUALA LUMPUR, Nov 6 (Bernama) -- The Mentri Besar of Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who is receiving treatment at the National Heart Institute (IJN) here is expected to be discharged tomorrow.

His private secretary, Rosdi Abdullah, said Nik Aziz was admitted into the IJN at about 10.30am yesterday due to fatigue as a result of not getting enough rest over a week.

"His condition is stable and he is expected to leave the IJN tomorrow morning and will continue with his duties as usual," Rosdi told Bernama when contacted here today.

He said the Pas spiritual leader will attend the Pas Political Seminar at Markas Pas in Taman Melewar, Gombak tomorrow.

-- BERNAMA

20091023

Bajet 2010 (Ringkasan bajet yg dibentangkan oleh PM)

RINGKASAN BAJET 2010

1.Peruntukan RM200juta untuk pinjaman TEKUN
Peruntukan RM500 untuk pembelian ruang niaga

2.Subsidi kepada nelayan dan petani

3.Industri Halal dipertingkatkan

4.Pelanggan internet jalur lebar dapat pengecualian cukai pendapatan

5.Status PR kepada suami warga asing (isteri rakyat tempatan)

6.Penjawat awam boleh buat pinjaman komputer setiap 3 tahun berbanding 5 tahun sebelum ini.

7.Pembinaan 6 buah UiTM dan pusat matrikulasi
Menggubal dasar industri kreatif
Penyediaan dana industri kreatif (berbentuk pinjaman untuk buat filem dll)
Tabung kebajikan penggiat seni RM300 juta geran pelancaran

8.Modal insan - peruntukan 30billion kepada pendidikan rendah dan menengah termasuk bantuan pelajar, biasiswa, 80 buah sekolah baru (SR, SM, Sek agama, SJK dll) dll.
Komponen memantapkan pendidikan prasekolah (kurikulum kemas dll akan diubahsuai). Kemudahan prasekolah berpusat, latihan guru prasekolah kerajaan dan swasta.

9.Modul khas bagi murid belum menguasai kemahiran membaca dan mengira.

10.Sekolah Berprestasi Tinggi - berdasarkan akademik, disiplin, kokurikulum. 20 buah sekolah.
Sekolah Berprestasi Cemerlang, ganjaran akan diberi jika capai target dicapai.

11.Pelajar cemerlang - 30 pelajar terbaik akan diberi biasiswa nasional ikut merit,akan lanjut pelajaran ke universiti terbaik dunia.
Pelajar keluarga berpendapatan rendah diskaun 30% drp KTMB bermula 1 Jan 2010.

12.Pakej Netbook dan broadband percuma dengan bayaran RM50 kepada mahasiswa selama dua tahun.Broadband disediakan Telekom.

13.Program PERMATA- RM100juta. Asuhan/didikan awal. Penyelarasan kurikulum. Permata Seni utk anak berbakat seni. Permata Pintar utk anak yg pintar.Permata Insan melatih pelajar ilmu berteraskan Al Quran.

14.Autonomi kepada IPTA dlm kewangan dll, boleh tubuh anak syarikat utk jana pendapatan sendiri.

15.Insurans diperkemas.Insuran motor dan takaful asas akan ditetapkan berpadanan dengan tahap perlindungan.

16.Golongan berpendapatan rendah yg berniaga kecilan perlindungan takaful mikro RM20 sebulan.

17.Kewangan Islam- galakan- pengecualian cukai dlm operasi luar negara. Potongan cukai 2 kali atas mempromosikan kewangan islam Malaysia di luar negara dll.

18.MPRA memerangi rasuah.Pemberi maklumat diberi kekebalan. 14 makhamah khas rasuah. Kempen kesedaran media massa.

19.Peruntukan 3.5 billion- pembersihan Sungai Segget dll,jalan ke Empangan Murong dan Baram, pembinaan muzium, pusat rekreasi, rumah mampu milik, hypermarket dll di putrajaya dan cyberjaya.

20.Cukai 5% ke atas pelupusan hartanah. Rumah kediaman sekali sepanjang hayat. Pemberian hadiah kepada ahli keluarga terdekat tidak diambil kira.

21.Cukai kad kredit ...tak sempat dengar tapi ada dikenakan.

22.Dewan,makmal dll kemudahan agensi kerajaan boleh disewakan kpd pihak swasta. 50% hasil kpd agensi, 50% kpd kerajaan.

23.Minyak- sistem pengurusan subsidi minyak, guna mycard.

24.INTAN bukit kiara naik taraf sbg school of goverment

25.Penjawat berpendapaatn Rm2000-3000 subsidi yuran taska. Semua jabatan kerajaan wajib menubuhkan pusat jagaan harian.

26.Cukai pendapatan individu dikurangkan kepada 26%.Pelepasan diri RM9000 berbanding RM8000 berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

27.RM3.7 bilion utk tingkatkan kecekapan utk tangani jenayah. Balai polis bergerak, latih rela, jpa dll.

28.Naik taraf pos kawalan sempadan, maritim dll.

29. 500 000 isi rumah miskin berdaftar akan dibantu

30. Premis niaga luar bandar disediakan UDA.

31. RM48 juta basmi kemiskinan bandar. termasuk golongan berpendapatan bawah 3ribu.

32. Kementerian wilayah persekutuan tukar nama , tak sempat dengar. kalau tak silap kementerian wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar.

33. Skim utk meningkatkan pembelian rumah oleh pencarum kwsp.

34. 14.8bilion utk naiktaraf kemudahan hospital dan klinik. Klinik 1Malaysia akan ditubuhkan, sewa rumah kedai. 10pagi hingga 10 mlm di kwasan bandar.

35. skim simpanan persaraan 1Malaysia kepada rakyat yg kerja sendiri. Caruman rm100 sebulan kerajaan akan carum 5% selama 5 tahun. Umur 55 boleh keluarkan caruman.

36. Kadar potongan caruman kwsp dinaikkan semula ke 11%...tak sempatlah..tak dapat beri detail

37. Naik taraf jalan luar bandar dan jalan kampung di Kapit, Lawas, Kinabatangan dll.

38. Bekalan air dan elektrik, klinik desa, balai raya.

39. Orang asli - program 55 buah penempatan, usahawan dll.

40. Pengangkutan awam bandar akan tubuh suruhanjaya utk awasi piawai...Laluan berbumbung di beberapa stesen LRT seperti Jln Hang Tuah dll.

41. Terminal pengangkutan bersepadu di Gombak.

42. Langkah penjimatan penjawat awam.

43. Bantuan khas RM500 untuk penjawat Gred 41 hingga 54 (sebelum ini kumpulan sokongan dapat) serta pesara kerajaan akan diberi pada Disember.

44. Maaf kalau tak lengkap....







20091021

The Royal Pahang Billfish International Challenge

The Royal Pahang Billfish International Challenge telah berlangsung pada bulan Ogos yang lalu.Empat tahun berturut-turut kebelakangan ini ia diadakan di Kuala Rompin. (My hometown...rindunya).Antara tujuannya adalah untuk menarik pelancong.

The Royal Pahang Billfish International Challenge dianjurkan oleh Berita Harian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.

Beberapa tahun lalu sewaktu ayahku belum meninggal, suamiku pernah memancing di Karang DO dan memperoleh ikan layaran yang beratnya lebih daripada 20kg. Sayangnya tidak dapat dirakamkan kerana telefon tiada bateri.

Pada awal perkahwinan suamiku teringin sangat untuk memancing namun tiada teman. Mahu tak mahu ayahku terpaksalah menemaninya walaupun kami tahu memancing bukanlah kesukaan ayahku walaupun arwah pernah menjadi nelayan.nanti sambung...

20091013

Gempa di Indonesia: Masa Kejadian dan Kaitannya dengan Al Quran

Di bawah adalah dipaparkan masa kejadian beberapa gempa di Indonesia. Lihat masa kejadian serta kaitannya dengan surah-surah tertentu dalam Al Quran. Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

1. Gempa Tasik Malaya : Pukul 15.04

2. Gempa Padang : Pukul 17.16

3. Gempa Susulan Padang : Pukul 17.58

4. Gempa Jambi : Pukul 08.52

Cuba lihat di dalam Al Quran, Surat dan ayat sesuai dengan saat-saat terjadinya gempa.

1. Gempa Tasik Malaya -Jam 15.04 Surat Al Hijr (Surah-15) ayat 04
"dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeripun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan" .

2. Gempa Padang -Jam 17.16 Surat Al Israa (Surah-17) ayat 16
"dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu,Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami),kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya" .

3. Gempa Susulan Padang -Jam 17.58 Surat Al Israa (Surah-17) ayat 58
"Tiada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras, yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab(Lauh Mahfuzh).

4. Gempa Jambi -Jam 8.52 Surat Al Anfaal (Surah -8) ayat 52
"(keadaan mereka) serupa dengan Keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Amat keras siksaan-Nya."

(Suntingan drp ustazyusogembong.blogspot.com

20091007

Jam Gadang Bukit Tinggi: Selepas Gempa di Padang


Jam Gadang

Mengapa aku teruja untuk menulis berkaitan gempa di Padang? Padang dan Bukit Tinggi adalah tempat yang pernah kukunjungi, jadi adalah sedikit kenangan antara aku, suami dan rakan-rakan sekerja termasuk Guru Besarku serta ahli keluarga mereka.

Pariaman antara tempat yang teruk musnah akibat gempa pernah kami lalui dan singgah sebentar. Pariaman juga merupakan kampung halaman pembantu adik iparku yang bernama Warman. Seorang yang rajin mengaji dan membaca tafsir Al-Quran. Dia telah kembali ke sana setelah tamat kontrak tahun lalu. Aku tidak tahu bagaimana nasibnya.

Kami pernah menginap di sebuah hotel di kota Padang. Menaiki kereta kuda sambil menikmati jagung bakar di pesisir pantainya. Tak taulah selepas gempa ni, ada lagi tak hotel tu.

Desa Maninjau juga kami kunjungi dengan menginap di sebuah resort di tepi Danau/Tasik Maninjau. Selain berkunjung ke rumah kelahiran Hamka, ulama terkenal.

Kelok 44 antara jalan yang sering dilalui pelancong dari Padang ke Bukit Tinggi adakah rosak atau tidak akibat gempa tidak dapat aku pastikan. Apa yang pasti Jam Gadang di Bukit Tinggi masih utuh. Jam itu dibina sekitar 1926 dengan ketinggian 26m dengan diameter jamnya 80cm. Istana Pagar Ruyung di Batu Sangkar juga terselamat. Alhamdulillah.

20091002

Gambar-gambar Kemusnahan Akibat Tsunami di Samoa







Gambar-gambar yang diperoleh daripada Selangor2u Dot Com, ibanmuslim.blogspot, utusan online dll.

20090930

Gempa Bumi Padang Indonesia


Peta Zon Gempa Dunia

Petang 30 September 2009, aku sedang membaca minit mesyuarat yang baru disiapkan. Tiba-tiba aku berasa badanku dan kertas yang ku pegang sedikit menggigil. Aku terfikir juga kenapa badanku menggigil tapi aku tak hiraukan sangat kerana aku fikir aku tidak demam, perut pun kenyang.Aku menyangka mungkin kedudukan tanganku tidak stabil menyebabkannya menggigil. Beberapa saat kemudian, anakku meluru keluar dari biliknya dan memberitahu bahawa dia rasa bergoyang manakala pakaiannya yang tersangkut di bilik juga bergoyang. Aku dapat mengagak bahawa gempa bumi mungkin berlaku di mana-mana tempat di nusantara ini. Aku menonton Astro Awani jam 6.30pm ternyata gempa bumi berlaku di Padang, Indonesia.
Ini merupakan kali kedua aku merasa gegaran akibat gempa bumi setelah kali pertama pada tahun 2007 ketika gempa melanda Pulau Nias di Indonesia.Ketika itu aku baru hendak melelapkan mata. Aku berasa badanku bergoyang dan agak pening seketika. Aku bangun dan melihat ke bawah katil. Tiada apa-apa. Kemudian aku terdengar bunyi hantukkan cawan-cawan yang tergantung di dapur. Aku berasa takut dan menghubungi suami yang ketika itu out station. Esoknya aku mendengar berita tentang gempa di Pulau Nias.

PETIKAN DI BAWAH DARIPADA CariGold Forum

JAKARTA 30 Sept. - Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.

Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.

Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.

Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.

Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini

20090906

Nostalgia Aidil Fitri 12 Saudara

1. Allahyarhamah Kak Long Ainon
Arwah akan pulang berhari raya satu atau dua hari sebelum aidil fitri menjelang bersama ahli keluarga serta kuih-muih yang selalunya dibuatnya sendiri. Kuih yang pasti tidak akan dilupanya ialah rempeyek kacang tanah kegemarah arwah ibu. Pada awal kehidupan berkeluarganya, arwah tiada kereta dan pulang berhari raya menaiki kenderaan awam atau kereta sewa Pak Janggut Kahang Barat. Walaupun begitu arwah tetap membawa pulang pelbagai buah tangan buat kami. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

2. Angah Maimon
Sentiasa sibuk menjelang aidil fitri lantaran kerjayanya sebagai tukang jahit. Hari terakhir puasa pun di masih sibuk di kedai. Kini dia telah membataskan waktunya untuk menjahit. Jadi dia kini berpeluang menyediakan juadah raya dan sebagainya tidak seperti 15 ke 20 tahun yang lalu, kelam kabut di pagi raya kerana persediaan awal tidak sempat dilakukan kerana menyiapkan tempahan pelanggan.

3. Teh
Penyumbang (sponsor) utama pakaian dan kasut raya ku sejak aku kecil hinggalah aku di maktab perguruan dan setelah berkahwin beli pula untuk anak-anakku.Hanya Allah mampu membalasnya.Sewaktu tinggal dengannya di bulan puasa, setiap hari dia akan mengejutku bersahur, walaupun aku tak pernah bangun sahur dalam sebulan puasa adalah aku bangun 3, 4 kali itu pun untuk minum air suam je. Maaf teh, tak tolong teh serve makanan sahur untuk abg md nor.(sekarang kalau nak sponsor lagi pun, dialu-alukan)

4. Cik
Penyumbang pakaian raya aku juga ni...setelah berkeluarga dia beli kat anak-anak aku pula, sehingga tersalah beli baju perempuan kepada anak bongsuku (lelaki) kerana obses kepada anak sedara perempuan. Sewaktu berbuka juadah yang pasti dibeli oleh abg rahim, suaminya ialah murtabak.Banyak pula tu. 4 tahun aku berpuasa di rumahnya.

5. Abg Mat
Emm, sponsor utama mercun dan bunga api sewaktu belum diharamkan lagi. Waktu kami kecil2 dululah. 25 tahun lalu,dia akan bawa pulang segala kelengkapan elektronik, entertaiment, p.a system dia ke kampung menjelang raya.

6. Kak Lah
Sponsor utama aku juga ni. Hingga sekarang dia menjadi sponsor baju kurung anak perempuanku. Pengalaman ramadhan bersamanya, membantunya membuat biskut raya dan kek. Kebetulan aku tak dapat berpuasa, aku pun asyik makan aje kek coklatnya sehingga dia berkata, Jah, Bi (adikku), nanti tinggalkan kek itu untuk Mail ya, tu favourite dia. Malunya kami...Kini dia pun dah jadi usahawan biskut raya di samping jawatan hakiki DGA 32, bakal 41...

7. Andak
Tukang jahit baju raya kita orang, sebab kak maimon amat sibuk. Pengemas utama rumah menjelang raya. Walau pun sibuk menyiapkan tempahan pelanggan tapi menjelang raya dia dah free dan mulakan dengan tugas mengemas rumah.

8. Jik
Abang yg banyak bagi tazkirah apatah lagi pada bulan ramadhan. Tak banyak kenangan berpuasa dengannya kerana dia tinggal di asrama semasa aku tinggal dengan arwah ibu. (aku banyak tinggal dengan ibu angkat(hingga 12 tahun) dan kakakku (sejak 14 tahun).

9. Alang
Kehangatan api sate yang kita bakar masih terasa. Sukar untuk kembali seperti waktu itu, kerana setelah berkahwin aku meyambut hari raya pertama di rumah mertua. Banyak kenangan ramadhan bersamanya. Ibu dan ayah ke surau, kami main mercun di rumah. Jiran panggil bagai nak rak, pun tak dengar...lepas solat menyanyi lagu Lefthanded...Tugas utama kami pagi raya adalah membakar sate. Malam raya mencucuk sate. Raya tak meriah tanpa alang. Nasib baik mertuanya dekat tak jauh macam aku.

10. Nita
Seperti biasa jumpa dia beberapa jam pada hari raya pertama. Kadang-kadang aku tak dapat jumpa kembar aku ni kerana aku pulang ke kampung lewat lantaran beraya di rumah mertua dulu.

11. Aku
Kalau aku atau Bibi yang ditugaskan menyalakan dapur sate yg guna arang pada era akhir 80an dan 90an tu memang kering dulu lah sate tu. Berjanggut arwah ibuku kata. Jadi aku serahkan pd yang pakar, Andak atau Alang sebelum kami membakarnya. Kini kami dah guna kuasa elektrik untuk bakar sate.Aku harap raya tahun ni aku dapat beraya di kampung halaman ku terlebih dahulu. Semoga harapan jadi kenyataan.

12. Bibi
Gandingan utama dalam arena pembakaran sate sewaktu remaja dulu. Satu-satunya adik aku.Gandingan utama malas bangun sahur pun dia ni lah juga. Dulu-dulu lumba siapa dapat banyak kad raya. Bila dah lepas zohor hari raya aku dan dia selalu tertidur, penat membakar sate dan melayan tetamu yg agak ramai setelah solat raya (kononnya penat) Lepas tu menyesal tak ikut ahli keluarga beraya atau terlepas berjumpa dengan saudara mara yang datang.

20090903

Selembar Bulu Mata



(Petikan tazkirahku kepada murid-murid pada Julai yang lalu)

(Tak perlulah cuba merias bulu mata seperti gambar di atas tu)

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, dan ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah itu berbicara,
"Aku yg memandang perkara yang haram dan dilarang."
Disusuli oleh telinga, "aku yg mendengar perkara haram dan melalaikan
" Hidung dan bibirnya pun tidak ketinggalan membuat pengakuan
Lidah menambah, "aku yang merasa pelbagai minuman dan makanan haram
" Tangan meneruskan, "aku yang mencuri.
’Rambut berkata, akulah yang sentiasa dipertontonkan”
" Kaki menyusul, "aku yang lari ketika disuruh solat."

Malaikat berkata,"Nah, kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat mempertahankan dirinya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "aku pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. ” menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg dibasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka akulah, selembar bulu matanya itu tampil sebagai saksi bahwa ia telah bertaubat hingga membasahiku dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, hamba Allah tersebut di bebaskan dari neraka dan dimasukkan ke surga. Kemudiannya terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata."
Baiklah murid-murid
Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan penyayang. Kita sebagai hambaNya yang lemah perlu memohon ampun dan bertaubat agar kita memperoleh keredheaan dan rahmat Allah. Namun begitu, ini tidak bermakna kita boleh melakukan dosa sewenang-wenangnya dan kemudian memohon ampun kerana kita sendiri tidak pasti sempatkah kita bertaubat? Sempatkah kita memohon ampun? Sempatkah kita menjalani hidup pada hari esok? Hatta seminit lagi pun kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita....

20090830

Solat Tarawih Bersendirian?



Cara menunaikan solat tarawih bersendirian:-
Kita seharusnya tidak memberi alasan tidak dapat menunaikan solat tarawih kerana tidak berkesempatan berjemaah di surau atau masjid, kerana kita boleh menunaikannya secara bersendirian di rumah. Akibat kekangan masa dan tugas ada antara kita yang tidak dapat ke surau atau masjid. Jadi kita bolehlah menunaikannya secara bersendirian.

Tiada yang berbeza cuma niat perlu digugurkan perkataan makmum. Setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Berselawat selepas setiap dua rakaat,tidak wajib dan tidak mencacatkan solat terawih. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, dan sebagainya.Kita juga harus meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

20090825

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa


Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata


Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya


Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim


Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

20090731

7 Masjid Berkubah Emas









Masjid Sultan Ali Saifudin di Brunei telah aku kunjungi bersama arwah ibu dan suami tanggal Julai 2002 sewaktu transit di Brunei satu malam sewaktu dalam perjalanan pulang ke tanah air. Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan 7 masjid yang berkubah emas seperti gambar di atas.

1)Masjid Dian Al Mahri Depok, Indonesia
Keluarga Dian Djurian Maimun Al Rasyid mula membangunkan masjid yang terletak di Meruyung, Depok ini pada 1996.Seluas 100 hektar, namun yang dipergunakan sebagai kawasan masjid hanya 8.000 meter persegi. Sepuluh tahun kemudian, masjid ini baru dibuka untuk umum. Ada 5 kubah yang terbuat dari emas, dengan kubah utama berukuran diameter 16 meter dan tinggi 25 meter.

2)Masjid Jami Bandar Seri Begawan, Brunei
Masjid ini dibina pada tahun 1988, namun dibuka untuk umum pada 1994. Kubahnya diperbuat daripada emas dengan langit-langit atap berwarna biru laut.

3)Masjid Al Askari Iraq
Masjid ini terletak di Kota Sammara, sekitar 125 km dari kota Baghdad, Irak. Masjid ini didirikan oleh pengikut Shiah dan termasuk masjid kuno kerana dibina pada tahun 994 M. Mulanya tiada kubah emas, namun diubahsuai oleh pengikut Shiah pada tahun 1905 menjadi kubah emas. Malangnya pada Februari 2006 dan Jun 2007, kubahnya runtuh oleh serangan.

4) Masjid Qubbah As Sahkrah (Dome of the Rock)
Abdul Malik bin Marwan mulai membina masjid ini pada tahun 690 M di Jerusalem, Palestin. Terletak dalam kawasan Masjidil Aqsa

5)Masjid Sultan Singapura
Dibina pada 1928, Sultan Singapura mengubahsuai sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan antara lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini menjadi masjid terbesar di Singapura,pada 80-an.

6)Masjid Suneri, Lahore
Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gabenor Lahore, Pakistan pada tahun 1753 M.


7)Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Mulai digunakan tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan. Kubahnya diperbuat daripada emas 24 karat. Biaya pembangunannya USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali adalah antara salah satu bangunan terindah di dunia.

20090721

Gerhana Matahari Paling Lama Abad Ini


Gerhana penuh matahari pada 22 Julai 2009 nanti merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21. Bill Kramer dalam laman webnya menyebut:

"The eclipse passes over the Chinese cities of Chengdu, Suining, Chonging, Wuhan, Xiaogan, Hangzhou, and Shanghai by which time the duration of the eclipse is over five minutes of totality. Leaving Shanghai the path continues into the ocean encountering islands such as Toshima and Akusaki south of Japan and eventually the Marshall islands.

The maximum eclipse duration of 6 minutes and 43 seconds occurs far off the coast in the Pacific Ocean."

Namun bagi penduduk Malaysia, mereka hanya berpeluang menyaksikan gerhana tersebut dalam fasa separa dalam peratus maksimum yang kecil antara 3% hingga 18% sahaja dari kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia. by roslan@udm.edu.my

Penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari yang paling lama bagi abad ke-21 pada Rabu ini, yang merentasi India dan China, bermula dari Mumbai ke Shanghai.
Fenomena ini telah digembar-gemburkan ke seluruh dunia, yang jarang dapat dilihat dalam seumur hidup kerana ia tempoh paling lama merentasi di beberapa kawasan berpenghuni di bumi dan menjadi gerhana bersejarah yang bakal disaksikan oleh jutaan orang.
"Ia merupakan peristiwa terpenting yang pernah berlaku di sini. Tiada seorang pun dari kami dapat hidup lebih lama untuk melihat peristiwa itu berulang lagi," kata pengurus agensi pakar pelancongan Eclipse City yang berpusat di Jerman, Federico Borgmeyer.
Ahli astrofizik Amerika dan pakar gerhana, Fred Espenak telah menetapkan 22 Julai ini yang dijangka berlaku sebuah fenomena 'raksasa'.
Jumlah sinaran suria ini akan menjadi berkurangan apabila bulan berada di antara bumi dan matahari, telah mengaburkan pancaran sepenuhnya.

Keghairahan pada kali ini merupakan sebahagian besar peristiwa luar biasa yang pernah berlaku dalam tempoh tertentu, atau 'keseluruhan', apabila matahari dilitupi sepenuhnya.

Maksimum gerhana itu dijangkakan berlaku adalah selama enam minit dan 39 saat, ia merupakan satu tempoh yang tidak mungkin berlaku pada tahun 2132.
Jarak 'laluan keseluruhan' fenomena itu dianggarkan sehingga 258 kilometer, penduduk Gujarat di barat India menjadi orang yang pertama dapat menyaksikan gerhana dalam masa singkat sebelum pukul 6.30 pagi (9.00 pagi waktu Malaysia).

Fenomena itu kemudiannya merentasi India, suasana gelap akan meliputi di sungai Gangga, kota suci Varanasi yang berada di antara utara dan selatan Bangladesh dan Nepal sebelum mengelapkan kebanyakan tempat di Bhutan, melalui tanah besar China dan kemudian melepasi laut di Shanghai.

Persinggahan seterus gerhana itu adalah di selatan pulau Ryukyu, Jepun selepas membelok di tenggara melalui Lautan Pasifik di mana ia akan berada di sana dalam tempoh yang maksimum.

Bagi kawasan-kawasan yang berada di laluannya, ia akan disinari matahari sebanyak dua kali pada awal pagi kerana bulan melindungi lebih rendah ketika itu dan kemudian perlahan-lahan menyinari bumi sekali lagi.

Sebanyak 50 peratus atau lebih bagi anggaran dua bilion penduduk yang diliputi sinaran gerhana itu, bermula dari kawasan penggaraman para petani di Gujarat hingga ke kawasan gembala Tibet di kaki bukit Banjaran Himalaya. – AFP utusan

20090717

SMS Ramadhan


1)
Welcome Ramadhan
Walk Humbly
Talk Politely
Dress Neatly
Treat Kindly
Pray Attentively
Donate Generously
May Allah Bless You and Me
(http://sms4smile.com)

2)
Enjoy This Meal
A glass of care
A plate of love
A spoon of peace
A fork of truth
A bowl of prayer
Mix with spices of Quraan
(http://sms4smile.com)

3)
Tiada hari seindah Jumaat
Tiada kata seindah Zikir
Tiada ibadah seindah Solat
Tiada bulan seindah Ramadhan
Selamat menjalani ibadah puasa

4)
Ramadhan datang kita nanti
Ramadhan pergi kita tangisi
Ramadhan kelak kita belum pasti
Ramadhan ini sama-sama kita hargai

5)
Wahai tetamu Ramadhan
Untukmu rahmat dan maghfirah
Air mata taubat
Dendangan tadarus
Selimut tarawih
dan bantal tahajud
Moga diterima amalan
dan mewarisi Jannah
Selamat Berpuasa

6)
Jika semua HARTA ADALAH RACUN
Maka ZAKATLAH PENAWARNYA
Jika seluruh UMUR ADALAH DOSA
Maka TAUBATLAH UBATNYA
Jika seluruh HARI ADALAH NISTA
Maka JUMAATLAH PENSUCIANNYA
Jika seluruh BULAN ADALAH NODA
Maka RAMADHANLAH PEMUTIHNYA
Selamat mengerjakan ibadah puasa
(jangan lupa tarawih...)

20090712

Resepi Bulan Julai (Sambal Petai Bukit Tinggi)


Resepi yang dipaparkan di sebelah kanan tu direka sendiri setelah menikmati hidangan tersebut di Bukit Tinggi, Indonesia tiga tahun lalu.

Aku memang tak suka makan petai kecuali jika dimasak seperti yang dipaparkan tu.

Sewaktu remaja, aku telah dipaksa oleh kakakku yang ke 10 supaya memakan petai. Dia telah menyuap secara paksa seulas petai ke dalam mulut ku. Walau bagaimana pun, selepas itu aku tetap tak suka petai sehinggalah ke Bukit Tinggi.

Resepi Bulan Julai

20090709

Majlis Perjumpaan Bloggers Amatur


Satu majlis perjumpaan telah diadakan pada awal Julai yang lalu yang dihadiri oleh beberapa bloggers dari Johor, Pahang, Terengganu, WP Kuala Lumpur serta tidak ketinggalan wakil dari Wilayah Pembangunan Iskandar. Majlis ramah mesra itu berlangsung selama tiga hari dua malam. Semoga majlis seperti ini akan dapat dianjurkan lagi Syawal nanti. Insyaallah. Jejaka yang membimbit beg 'bloggers united' berwarna biru 'barisan nasional' itu merupakan pencetus idea dan penyuluh jalan buat kami bloggers amatur.

20090706

Murninya Si Ibu



Murninya si ibu
melempar resah
membuang gundah
menyembunyi sengsara
demi kasih anakanda

Murninya si ibu
menadah derita
menghulur bahagia
demi cinta anakanda

Murninya si ibu
menahan duka
menebar tabah
meranduk nestapa
demi sayang anakanda

Murninya siibu
melayar bahtera
mengalih nakhoda
menempuh badai
mengenepi gelora
demi kasih
cinta
sayang
pada semua

Bisakah aku
meneladani ibu itu....

(Klinik Dr Roswadi - Kuala Rompin 4 /7/09)

20090626

Gambar Terakhir Michael Jackson


Ini dikatakan gambar terakhir Michael sewaktu hendak dibawa ke hospital

20090621

Dato' Ishak Baharom dalam Kenangan


Awal 1998, aku selamat melahirkan anak perempuan. Setelah habis tempoh berpantang kami mengadakan majlis doa selamat dan memotong jambul anak perempuan kami itu. Majlis itu diadakan di salah sebuah surau di Gombak berhampiran rumah sewa kami ketika itu.
Tanpa disangka-sangka ajk surau telah menjempuat allahyarham Dato' Ishak Baharom untuk menyempurnakan majlis tersebut serta sudah tentunya mengimamkan jemaah surau pada malam itu.
Ketika itu beliau baru sahaja dipecat daripada menjadi mufti Selangor. Aku masih ingat kata-kata beliau ketika memotong rambut anakku, "emm, nama bagus, rupa pun cantik tapi kuat menangis'.
Memanglah anak perempuan kami itu 'kuat menangis' ketika kecilnya, sehingga digelar 'gembeng' oleh bapa saudaranya Pak Nor (suami kakakku)..aku pun tak tau apa maksud perkataan itu. Dia pernah menangis 3 jam tanpa henti. Kini dia tak menangis lagi tapi kuat merajuk. Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas roh allahyarham Dato' Ishak. Keratan akhbar mengenai kisah hidup dan pemergiannya masih ku simpan.

20090619

Pelancaran Ruangan - Dari Dapur Tetamu Senja

Antara tetamu yang hadir ke majlis pelancaran ruangan Dari Dapur Tetamu Senja pada 09.06.09 yang lalu. Lihat sebelah kanan, untuk mendapatkan resepi ringkas daripada Tetamu Senja. Selamat mencuba...

20090612

Sajak: Sungai Kehidupan


Sungai kehidupan itu
penuh liku-liku yang tajamnya
menusuk sanubari

Sungai kehidupan itu
punya kerikil tajam
mencucuk tapak
harapan
memusnah
jejak bahagia

Sungai kehidupan itu arusnya
mengalir deras melanda
jiwa-jiwa kerdil
yang lemah

Sungai kehidupan itu
menghilang dahaga insan
mencurah rahmatNya
menunjuk lubuk kebahagiaan

Sungai kehidupan itu
tanpa peduli
pasti mengalir ke laut lepas
lantaran janjinya kepada Allah pencipta

20090601

SMS Hari Bapa


1)
Ayah,
di tanganmu aku dewasa,
di bahumu aku bahagia,
di sisimu aku sejahtera,
Selamat Hari Bapa...

2)
Abah,
Engkaulah insan mulia,
bijaksana dan perkasa...
Selamat Hari Bapa.

3)
A= Ayah..., kaulah
Y= yang
A= aku
H= hormati dan hargai
SELAMAT HARI BAPA

4) Senda Gurau Hari Bapa

Papa...
Mencari barang jarang berjumpa...
Menyimpan barang kemudian terlupa...
Meletak barang merata-rata...
Setiap pesanan selalu alpa...
Melipat pakaian tidak berupa...
Mementingkan penampilan serta rupa...
Suka bergaya walaupun papa...
Selamat Hari Bapa.............(Jangan marah da...)

20090527

Koleksi Hari Bapa

Bapa ni mabuk kenderaan atau mabuk jaga anak?

Bapaku bertanduk

Bapa tak borek anak tak rintik

Bapa nak save budget

Bapa yang agak pelik

Bapa kejam...memulas kepala ibu

Bapaku,...hentikanlah merokok

Bapa bertaraf hero...

Bapa ni tak berapa reti pegang bayi

Bapa yang hebat dapat memegang mentari

Bapa seorang pejuang hingga hilang anggota badan

Seorang bapa rela berkorban

20090518

Hari Bapa Bakal Menjelang


Sajak Selamat Hari Bapa

Ayah,
redup matamu
membuahkan sendu

Ayah,
keringat laju di tubuhmu
menyuburkan generasi

Ayah,
bait tuturmu
membisik sayu

Ayah,
tegas arahmu
melakar jaya

Ayah,
nantimu yang lesu
merindu pulang

Ayah,
lucu sendamu
mengundang ria

Ayah,
didik ajarmu
merimbun bahagia

Semoga kita bersua di sana....

(Nostalgia allahyarham Hj Mohd Yusof b Abd Rahman
Al Fatihah buat ayahandaku)

20090516

Selamat Hari Guru

Tema Hari Guru 2009- Guru Pembina Negara Bangsa


Koleksi SMS Hari Guru

Jika dapat bunga
tanda guru harumkan dunia
Jika dapat pen
tanda guru mengukir kata
Jika dapat pemadam
tanda guru betulkan kesilapan
Jika dapat mesej
tanda guru dalam ingatan
Selamat Hari Guru... (Fazira)

Kena rotan tergaru-garu,
Bukan sakit tapi terharu;
Bukan nak hadiah cuma nak bagi tau,
16 Mei Hari Guru... (Fashidah)

Hidup ini penuh dengan
cabaran
halangan
dugaan
jika anda jatuh, janganlah mudah mengalah,
bangunlah
dan katakanlah...
"kurang asam, sapa tolak aku?"
Selamat Hari Guru...(Erees)

A teacher greater than a mother
bcoz, a mother can put only
one chil to sleep,
but a teacher can puts the whole class
to sleep, Happy Teacher's Day ( Rosnita)

Good teacher smile in trouble
gather strength from stress n grow
brave by reflection n prayers (Eresma)

Guru dlm ajarnya ada harapan
dlm tegurnya ada doa
dlm marahnya ada sayang
dlm tawa ada mesranya
dlm diam ada bijaksana
berbahagialah menjadi guru (Suzana)

Bila murid duduk
cikgu berdiri
Bila murid diseligi
cikgu pula kena gari
Murid dtg naik BMW 7 siri
cikgu dtg naik motor road tax pun dah mati
Murid belajar samapai PhD
cikgu baru berkira2 nak sambung degree
Namun begitu di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi (Norina)

20090513

Pertandingan Kawad Sekolah Rendah Peringkat Negeri 2009

Pasukan yg menjadi johan

Pasukan kawad sekolahku (Naib Johan)

7 Mei 2009, pertandingan kawad sekolah rendah peringkat negeri diadakan di padang astaka Taman Tasik Titiwangsa. Pasukan perempuan sekolahku berjaya menjadi naib johan peringkat negeri. Tahniah buat semua murid dan guru terlibat, khasnya jurulatih. Aku terlibat sikit je..he,he. Jadi guru pengiring dan tukang ambil gambar je.

20090509

Pantun Hari Ibu



Ramai orang beribu-ribu,
Namun ibu hanyalah satu;
Berbahagialah kalian masih beribu,
Saya di sini yatim piatu.

Kalau bercakap bahasanya baku,
Itulah kanda bernama Mohammad;
Ramlah diberi nama ibuku,
Moga Allah limpahi rahmat.

Enak sungguh hidangan Jawa,
Jangan dimakan bersama jambu;
Rokiah Hussin ibu mertua,
Agar berbahagia di hari ibu.

Anak Cina menanam lada,
Lada ditanam bersama mengkudu;
Ibu tiada bapa tiada,
Hanya kekanda pengubat rindu.

(Selamat Hari Ibu buat kekanda-kekanda,
adinda Najah serta kekanda2 iparku)

20090430

Gambar Sekitar Perkhemahan Pengakap

Cikgu Sam, Kem Komandan

Orang kuat perkhemahan Puan Siti dan Encik Abul

Aktiviti Ikhtiar Hidup-memasak sandwich sendiri

Setia berusaha- Puan W

JK Hadiah- Puan D

GB dan tunggak perkhemahan- Encik Shahril

Puan Latifah (Isteri GB) dan para peserta.

Sebelum bertolak pulang