CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20091007

Jam Gadang Bukit Tinggi: Selepas Gempa di Padang


Jam Gadang

Mengapa aku teruja untuk menulis berkaitan gempa di Padang? Padang dan Bukit Tinggi adalah tempat yang pernah kukunjungi, jadi adalah sedikit kenangan antara aku, suami dan rakan-rakan sekerja termasuk Guru Besarku serta ahli keluarga mereka.

Pariaman antara tempat yang teruk musnah akibat gempa pernah kami lalui dan singgah sebentar. Pariaman juga merupakan kampung halaman pembantu adik iparku yang bernama Warman. Seorang yang rajin mengaji dan membaca tafsir Al-Quran. Dia telah kembali ke sana setelah tamat kontrak tahun lalu. Aku tidak tahu bagaimana nasibnya.

Kami pernah menginap di sebuah hotel di kota Padang. Menaiki kereta kuda sambil menikmati jagung bakar di pesisir pantainya. Tak taulah selepas gempa ni, ada lagi tak hotel tu.

Desa Maninjau juga kami kunjungi dengan menginap di sebuah resort di tepi Danau/Tasik Maninjau. Selain berkunjung ke rumah kelahiran Hamka, ulama terkenal.

Kelok 44 antara jalan yang sering dilalui pelancong dari Padang ke Bukit Tinggi adakah rosak atau tidak akibat gempa tidak dapat aku pastikan. Apa yang pasti Jam Gadang di Bukit Tinggi masih utuh. Jam itu dibina sekitar 1926 dengan ketinggian 26m dengan diameter jamnya 80cm. Istana Pagar Ruyung di Batu Sangkar juga terselamat. Alhamdulillah.

0 comments: