CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090830

Solat Tarawih Bersendirian?



Cara menunaikan solat tarawih bersendirian:-
Kita seharusnya tidak memberi alasan tidak dapat menunaikan solat tarawih kerana tidak berkesempatan berjemaah di surau atau masjid, kerana kita boleh menunaikannya secara bersendirian di rumah. Akibat kekangan masa dan tugas ada antara kita yang tidak dapat ke surau atau masjid. Jadi kita bolehlah menunaikannya secara bersendirian.

Tiada yang berbeza cuma niat perlu digugurkan perkataan makmum. Setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Berselawat selepas setiap dua rakaat,tidak wajib dan tidak mencacatkan solat terawih. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, dan sebagainya.Kita juga harus meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

0 comments: