CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090220

Changkat Jering & Bukit Gantang

Pada 1979, kakakku yang ketiga telah menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Islam Bangi. Beliau telah ditempatkan mengajar di SK Panglima Bukit Gantang.

Beliau telah memintaku turut bertukar sekolah ke sana bagi menemaninya yang berseorangan ketika itu. Aku ketika itu berusia kurang daripada 8 tahun. (hujung 1979 baru cukup 8 tahun, nak nampak muda konon).

Aku serba salah. Antara nak ikut atau tidak...Aku teringin juga ke sana namun ketika itu aku risau, jika aku kena marah, pada siapa aku nak mengadu...Kalau kat kampung aku ada ayahki, mak melah, mak peah, alang, bibi, mimi, ju dan sebagainya. Aku kesian juga kat kakak aku.

Akhirnya tempatku digantikan dengan alang. Dia bertukar ke SMK Tengku Menteri, Changkat Jering. Sewaktu cuti penggal, alang pulang ke kampung. Dia berubah. Perangai sama, wajah dan penampilan berubah. Kulitnya menjadi lebih cerah dan licin berbanding sebelumnya. (aku menyesal pulak tak ikut, kalau tak mungkin dah jadi macam Linda Jasmin).

Setelah beberapa tahun, alang berpindah ke SMK Alor Akar, Kuantan seterusnya ke SABS Kuantan. Kakakku itu pula berpindah ke SK Sri Bidor. Inilah kisahku yang berkaitan dengan DUN CHANGKAT JERING dan PARLIMEN BUKIT GANTANG.

0 comments: